SEARCH

Pengurusan Tanah

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Soalan :

Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang di tetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut?

Jawapan :

Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat, pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

Soalan :

Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hak milik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?

Jawapan :

Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah. Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik di bawah  Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Soalan :

Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

Jawapan :

Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.

Soalan :

Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?

Jawapan :

Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara (KTN) boleh memohon dan dipertimbangkan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan.

Scan QR KOD

 

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

41506
Hari IniHari Ini10
SemalamSemalam43
Minggu IniMinggu Ini310
Bulan IniBulan Ini1173
KeseluruhanKeseluruhan41506

Kemaskini

Tarikh
General update: 16-10-2017 02:39