SEARCH

PENDUDUK RAYU NAIK TARAF MASJID AL-HUDA

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

PENDUDUK RAYU NAIK TARAF MASJID AL-HUDA

9penduduk

SIK 9 Oktober – Penduduk mengharap­kan prasarana di Masjid Al-Huda di Kampung Lubuk Tualang, di sini dinaik taraf bagi membolehkan kariah setempat menjalankan ibadah dengan lebih selesa dan selamat.

Pembantu Imam Masjid Al-Huda, Wahid Man, 58, berkata, pihaknya berharap kerajaan mahupun Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dapat memberikan peruntukan bagi membolehkan prasarana di masjid tersebut dinaik taraf.

Lebih membimbangkan, kata­nya, sekeliling masjid tersebut yang tidak berpagar menyebabkan haiwan liar seperti babi hutan pernah melintasi kawasan berkenaan disebabkan lokasinya yang berhampiran kebun getah dan hutan.

“Banyak kekurangan dari segi kemudahan di masjid ini. Pihak kami tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyediakan kemudahan seperti bilik air, stor, ruang masak dan memasang pagar di Masjid Al-Huda ini.

“Kami mengharapkan peruntukan daripada kerajaan mahupun pihak jabatan agama bagi membolehkan prasarana di masjid ini dapat dinaik taraf bagi keselesaan jemaah yang mengerjakan ibadah,” katanya ke­tika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 bagi menaik taraf masjid berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Tajudin memberitahu, pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi membolehkan masjid tersebut dinaik taraf demi ke­selesaan ahli jemaah di Kampung Lubuk Tualang, di sini.

“Saya akan cuba mendapatkan dana yang diperlukan bagi melengkapkan segala kemudahan seperti yang diminta ahli kariah masjid ini,” ujarnya.

Sumber : Utusan

RSS

Scan QR KOD

 

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

44289
Hari IniHari Ini11
SemalamSemalam49
Minggu IniMinggu Ini46
Bulan IniBulan Ini810
KeseluruhanKeseluruhan44289

Kemaskini

Tarikh
General update: 07-12-2017 00:37