SEARCH

Sejarah Pentadbiran

Written by Super User. Posted in Uncategorised

SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT DAERAH SIK

Pejabat daerah Sik merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan strategi kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri. Sesuatu projek pembangunan yang ingin dirancang atau dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Sik adalah dari segi ekonomi, pertanian, pelancongan dan kemudahan asas.

Daerah Sik merupakan daerah yang terbesar di Negeri Kedah yang mempunya keluasan seluas 163,456 hektar atau 1634km persegi. Daerah Sik terbahagi kepada 4 mukim iaitu Mukim Sik, Sok, Jeneri dan Teloi. Keluasan perkhidmatan Majlis Daerah Sik adalah 401.4 hektar (24013km persegi). Ianya melibatkan penempatan Pekan Sik, Batu 5, dan Kuala Begia. daerah Sik terletak di sebelah timur Negeri Kedah dan bersempadan dengan Negara Thailand di bahagian Timur Laut dan Utara serta bersempadan dengan Daerah Baling, Kuala Muda, Pendang dan Padang Terap.

Sebelum tahun 1950, pentadbiran Daerah Sik adalah ditadbir bersama Daerah Baling. Semua projek pembangunan pada masa itu perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Daerah dan pada waktu itu Tuan Pegawai Daerah berpejabat di Pejabat Daerah Baling. Dalam hal ini, semua projek adalah terbatas. semasa pentadbiran ini, Ketua Penolong Pegawai Daerah sahaja ditempatkan di Pejabat Daerah Sik di atas tanggungjawab Ketua Penolong Pegawai Daerah Sik. Selepas tahun 1950, pentadbiran Daerah diwujudkan sepenuhnya dan mempunyai Tuan Pegawai Daerah sendiri yang mentadbir Daerah Sik. Walaupun bekerja dalam keadaan serba kekurangan, kakitangan Pejabat Daerah Sik tetap menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lancar dan sempurna.

Kini, bangunan tersebut telah diambil alih oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Sik. Pada tahun 1983, Pejabat Daerah Sik telah dipindahkan ke bangunan baru yang lebih kemas dan kukuh. Bangunan tersebut kini diambil alih oleh Majlis Daerah Sik dan dikongsi bersama beberapa jabatan lain iaitu Pejabat Pertanian Daerah, Pejabat JKR Daerah, Pejabat Zakat Daerah, dan Pejabat Hutan Daerah. Pada tahun 1997, Pejabat Daerah Sik sekali lagi berpindah ke bangunannya sendiri. Bangunan terebut dibina di lokasi yang strategik iaitu dikelilingi oleh jabatan-jabatan lain. Ia mempunya 2 aras, iaitu aras atas merupakan Pentadbiran Daerah manakala aras bawah pula merupakan Pentadbiran Tanah.

 

 

SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT TANAH SIK

Pejabat Tanah Daerah Sik merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan menguatkuasakan undang-undang kerajaan berkaitan pentadbiran tanah bagi Daerah Sik, Kedah.

Pada awal penubuhannya, Pejabat Tanah Daerah Sik ditempatkan di dalam bangunan kayu, berhadapan dengan bangunan Mahkamah Majistret Sik.

Pada tahun 1983, Pejabat Tanah Daerah Sik telah dipindahkan ke bangunan baru yang lebih kemas, luas dan kukuh.

Setelah 14 tahun beroperasi di bangunan tersebut, pada tahun 1997, Pejabat Tanah Daerah Sik telah berpindah ke bangunan baru yang menempatkan dua pejabat iaitu Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Sik.

Scan QR KOD

 

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

41506
Hari IniHari Ini10
SemalamSemalam43
Minggu IniMinggu Ini310
Bulan IniBulan Ini1173
KeseluruhanKeseluruhan41506

Kemaskini

Tarikh
General update: 16-10-2017 02:39